Sabtu, 19 April 2014

Pelantikan Pengawas PSS 2014

Tarikh: 12 Februari 2014
Tempat: Dewan Serbaguna SMK Tunku Besar Burhanuddin


Isnin, 24 Mac 2014

PERATURAN PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN

Disiplin
1.       Pelajar diminta senyap apabila memasuki PSS.
2.       Pelajar mesti beratur semasa meminjam atau memulangkan buku.
3.       Pelajar tidak dibenarkan makan, minum atau tidur di dalam PSS.
4.       Pelajar tidak dibenarkan membuka tutup suis-suis dan mengubah kedudukan kerusi meja di dalam perpustakaan tanpa kebenaran guru PSS.
5.       Pelajar dikehendaki duduk di tempat-tempat yang disediakan dan tidak dibenarkan berhimpun di rak-rak, pintu dan kaunter.
6.       Pelajar dikehendaki memasukkan kembali kerusi ke bawah meja dengan kemas selepas digunakan.
7.       Pelajar tidak boleh mengadakan mesyuarat atau perjumpaan di dalam perpustakaan tanpa kebenaran.
8.       Pelajar tidak dibenarkan masuk ke PSS semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru.
9.       Pelajar dikehendaki meletakkan beg mereka di luar PSS di tempat yang disediakan.

Bahan-bahan Pusat Sumber.
1.       Pelajar mesti menggantikan kos buku-buku yang dihilangkan, diconteng atau dirosakkan.
2.       Akhbar atau majalah hendaklah dikembalikan ke tempat asal dan tidak dibenarkan dibawa keluar dari PSS.
3.       Buku-buku yang selesai digunakan hendaklah diletakkan di tempat disediakan.

Pakaian
1.       Pakaian mestilah kemas dan lengkap sewaktu berada dalam PSS.
2.       Jaket, baju panas dan lain-lain pakaian selain pakaian sekolah adalah tidak dibenarkan dipakai atau dibawa masuk ke PSS.
Peraturan Penggunaan PSS untuk Guru
1.       Guru-guru perlu mengisi Buku Penggunaan bilik semasa menggunakan bilik Pusat Sumber .
2.       Guru-guru pengiring perlu mengawal disiplin pelajar di dalam bilik-bilik Pusat Sumber.
3.       Sebarang tempahan penggunaan bilik perlu dibuat sekurang-kurangnya sehari sebelum hari penggunaan.
4.       Semua peminjaman bahan dan buku perlu dibuat dengan pengawasan Pengawas Pusat Sumber bertugas atau Guru PSS.

PERATURAN PINJAMAN DAN PEMULANGAN
KEAHLIAN
1.       Semua pelajar  dan kakitangan SMK  Tunku Besar Burhanuddin  layak menjadi ahli Pusat Sumber Sekolah.
2.       Semua      pengguna yang ingin menjadi ahli perlulah memiliki kad PSS dan mendaftar   di PSS.
3.       Kehilangan atau kerosakan kad  hendaklah diberitahu segera. Kad yang baru    diganti atau diterima perlu didaftar semula.
4.       Pelajar hanya   dibenarkan meminjam 1 buah buku sahaja dan 2 buah buku bagi guru. Meninjam kad  pengguna lain adalah satu kesalahan besar dan tindakan disiplin akan diambil.

PEMINJAMAN DAN PEMULANGAN
1.       Mengikut   jadual waktu penggunaan PSS dan waktu rehat sahaja.

TEMPOH PINJAMAN
1.       Buku bertanda merah – buku rujukan . Tidak dibenarkan pinjam. Buku ini hanya boleh difotostat.
2.       Buku bertanda putih- buku bukan fiksyen dan fiksyen. Dibenarkan dipinjam selama 7 hari termasuk hari cuti am.
3.       Majalah/keratan akhbar/bank soalan –   rujukan dalam PSS sahaja dan tidak boleh dibawa keluar .

PERATURAN PINJAMAN
1.       Smartcard tidak boleh dipindah hak milik.
2.       Tanggungjawab pelajar menjaga buku yang dipinjam. Jika hilang, pelajar wajib membayar balik mengikut harga asal buku tersebut.
3.       Sila beratur semasa melakukan proses pinjaman dan pastikan dalam keadaan senyap.
4.       Sila pastikan tarikh pemulangan tidak lewat dari tarikh pulang. Jika lewat, tindakan akan diambil.
5.       Kertas soalan tahun lepas/ bank soalan/ keratan akhbar tidak boleh diconteng. Jika didapati pelajar menconteng atau menghilangkanya, pelajar wajib membayar harga photostat untuk setiap mukasurat.
6.       Sekiranya melanggar peraturan yang ditetapkan, kad pelajar akan ditahan.
7.       Pelajar akan didenda sebanyak RM 0.20 sehari ( tidak termasuk hari   cuti) jika lewat memulangkan bahan yang dipinjam.
8.       Kad pelajar akan ditahan sehinggalah denda diselesaikan.

Khamis, 28 Mac 2013

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2013 .

Pada 17 JANUARI 2013, kejohanan merentas desa peringkat sekolah telah dijalankan. kejohanan ini dijalankan dengan sempurna. berikutan para pelajar telah diberikan latihan sepenuhnya pada dua hari sebelumnya iaitu 15 dan 16 JANUARI 2013.

Tujuan kejohanan ini diadakan adalah untuk meningkatkan kecergasan fizikal mahupun minda para pelajar. walaupun telah pelbagai rintangan semasa latihan dijalankan, para pelajar dapat mengatasinya dengan kemenangan pada hari bertanding.

terdapat empat kelas didalam kejohanan ini. antaranya, L1, L2 P1,P2 . kemenangan kejohanan ini dikira daripada tempat ke-15 terawal hingga tempat pertama . manakala, pertandingan ke peringkat daerah pula dikira daripada tempat yang kesepuluh . 

berikut adalah gambar yang kami sempat ambil buat para pembaca sekalian .... 

persiapan seebelum perlepasan



                       








perlepasan P2





 






pelepasan P1





semasa larian


















penyampaian hadiah

pemenang P2

pemenang P1

pemenang L1





pemenang L2


"dengan habisnya upacara penyampaian hadiah , maka dengan itu tutuplah sudah perasmianpenutupan kejohanan olahraga."-pengerusi majlis.

diharapkan para pelajar yang kalah itu meneruskan perjuanagn mereka pada tahun yang akan datang ..... jumpe lagi dan selamat membaca . assalamualaikum ....

Isnin, 25 Mac 2013

PELAJAR CEMERLANG PMR 2012

               Pada 24 DISEMBER 2012, keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) telah pun dikeluarkan. Di samping itu , keputusan yang telah direkodkan daripada pelajar tingkatan 3 (2012) amat memuaskan. mereka membanggakan nama baik sekolah, keluarga dan masyarakat. Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Besar Burhanuddin (SMKTBB) begitu bangga dengan pencapaian mereka .

                Seramai 11 orang telah mendapat keputusan yang sangat cemerlang terutamanya  satu daripada mereka mendapat semua A dalam setiap mata pelajaran. Tambahan pula, bersamaan dengan program sekolah iaitu " program 5 bintang " yang giat di terokai oleh setiap pelajar disekolah ini, menjadi sumber inspirasi kepada 11 pelajar iaitu pelajar yang mendapat 5A keatas. berikut adalah 11 pelajar yang telah capai matlamat mereka di dalam program 5 bintang .


NUR SHAMILA NATASYA(THE STRAITS A)

MUHD FARIS (7A)
AHMAD BUSTAMI (7A0
NUR AINA NABILA(7A)
NUR AIN SYAKIRA (7A)
MUHD. IZZU SHAFIRUL (6A)
NUR TASYA AQILAH (6A)




MUHD. AZRI AZIZI (5A)


NURAISYAH (5A)

NUR AIN FATEHAH (5A)

FATIN NAJIHAH ( )


maka , saya berharap ia dapat menjadi  iktibar dan dorangan kepada calon PMR 2013 untuk memecah kan rekod dengan lebih cemerlang ....