PERATURAN PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN
Disiplin
1.
Pelajar diminta
senyap apabila memasuki PSS.
2.
Pelajar mesti
beratur semasa meminjam atau memulangkan buku.
3.
Pelajar tidak
dibenarkan makan, minum atau tidur di dalam PSS.
4.
Pelajar tidak
dibenarkan membuka tutup suis-suis dan mengubah kedudukan kerusi meja di dalam
perpustakaan tanpa kebenaran guru PSS.
5.
Pelajar
dikehendaki duduk di tempat-tempat yang disediakan dan tidak dibenarkan
berhimpun di rak-rak, pintu dan kaunter.
6.
Pelajar
dikehendaki memasukkan kembali kerusi ke bawah meja dengan kemas selepas
digunakan.
7.
Pelajar tidak
boleh mengadakan mesyuarat atau perjumpaan di dalam perpustakaan tanpa
kebenaran.
8.
Pelajar tidak
dibenarkan masuk ke PSS semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru.
9.
Pelajar
dikehendaki meletakkan beg mereka di luar PSS di tempat yang disediakan.
Bahan-bahan Pusat Sumber.
1.
Pelajar mesti
menggantikan kos buku-buku yang dihilangkan, diconteng atau dirosakkan.
2.
Akhbar atau
majalah hendaklah dikembalikan ke tempat asal dan tidak dibenarkan dibawa
keluar dari PSS.
3.
Buku-buku yang
selesai digunakan hendaklah diletakkan di tempat disediakan.
Pakaian
1.
Pakaian mestilah
kemas dan lengkap sewaktu berada dalam PSS.
2.
Jaket, baju panas
dan lain-lain pakaian selain pakaian sekolah adalah tidak dibenarkan dipakai
atau dibawa masuk ke PSS.
Peraturan
Penggunaan PSS untuk Guru
1.
Guru-guru perlu
mengisi Buku Penggunaan bilik semasa menggunakan bilik Pusat Sumber .
2.
Guru-guru pengiring
perlu mengawal disiplin pelajar di dalam bilik-bilik Pusat Sumber.
3.
Sebarang tempahan
penggunaan bilik perlu dibuat sekurang-kurangnya sehari sebelum hari
penggunaan.
4.
Semua peminjaman
bahan dan buku perlu dibuat dengan pengawasan Pengawas Pusat Sumber bertugas
atau Guru PSS.
PERATURAN
PINJAMAN DAN PEMULANGAN
KEAHLIAN
1.
Semua
pelajar dan kakitangan SMK Tunku Besar Burhanuddin layak
menjadi ahli Pusat Sumber Sekolah.
2.
Semua
pengguna yang ingin menjadi ahli perlulah memiliki kad
PSS dan mendaftar di PSS.
3.
Kehilangan atau
kerosakan kad hendaklah diberitahu segera. Kad yang
baru diganti atau diterima perlu didaftar semula.
4.
Pelajar
hanya dibenarkan meminjam 1 buah buku sahaja dan 2 buah buku
bagi guru. Meninjam kad pengguna lain adalah satu kesalahan besar
dan tindakan disiplin akan diambil.
PEMINJAMAN DAN PEMULANGAN
1.
Mengikut jadual
waktu penggunaan PSS dan waktu rehat sahaja.
TEMPOH PINJAMAN
1.
Buku bertanda
merah – buku rujukan . Tidak dibenarkan pinjam. Buku ini hanya boleh
difotostat.
2.
Buku bertanda putih-
buku bukan fiksyen dan fiksyen. Dibenarkan dipinjam selama 7 hari termasuk hari
cuti am.
3.
Majalah/keratan
akhbar/bank soalan – rujukan dalam PSS sahaja dan tidak boleh
dibawa keluar .
PERATURAN PINJAMAN
1.
Smartcard tidak
boleh dipindah hak milik.
2.
Tanggungjawab
pelajar menjaga buku yang dipinjam. Jika hilang, pelajar wajib membayar balik mengikut
harga asal buku tersebut.
3.
Sila beratur
semasa melakukan proses pinjaman dan pastikan dalam keadaan senyap.
4.
Sila pastikan
tarikh pemulangan tidak lewat dari tarikh pulang. Jika lewat, tindakan akan
diambil.
5.
Kertas soalan
tahun lepas/ bank soalan/ keratan akhbar tidak boleh diconteng. Jika didapati
pelajar menconteng atau menghilangkanya, pelajar wajib membayar harga
photostat untuk setiap mukasurat.
6.
Sekiranya
melanggar peraturan yang ditetapkan, kad pelajar akan ditahan.
7.
Pelajar akan didenda
sebanyak RM 0.20 sehari ( tidak termasuk hari cuti) jika lewat
memulangkan bahan yang dipinjam.
8.
Kad pelajar akan
ditahan sehinggalah denda diselesaikan.